Buang Air Besar: Setiap Hari atau Selang Sehari?

Buang Air Besar: Setiap Hari atau Selang Sehari?

Bahagian 1 โ€” Bila โ€œNormalโ€ Belum Tentu Optimum

Di rumah kami pun, buang air besar boleh jadi topik perbincangan ๐Ÿ˜… Mungkin sebab saya memang dikelilingi oleh perawat kesihatan daripada pelbagai latar belakangโ€”perubatan dan homeopati. Jadi bila berbincang tentang kesihatan, sama ada ekzema, jerawat, gastritis, masalah usus atau penyakit kronik yang lain, lambat-laun akan keluar juga satu soalan yang sama:

โ€œMacam mana dengan buang air besar mereka?โ€

Dan jawapan yang sangat biasa saya dengar, sama ada daripada pesakit mereka atau yang saya sendiri jumpa, ialah:

โ€œBiasalah" atau "Macam biasa.โ€

Tetapi apa sebenarnya yang dimaksudkan denganย Macam biasa?

โ€œSetiap hari?โ€

โ€œTak. Kadang-kadang selang sehari.โ€

Atau:

โ€œDua tiga hari sekali. Tapi memang saya biasa macam tu.โ€

Di sinilah biasanya saya akan bertanya lebih lanjut. Sesuatu yang sudah berlaku bertahun-tahun memang boleh menjadi kebiasaan seseorang. Tetapi persoalan yang lebih penting ialah, adakah kebiasaan itu juga menggambarkan bagaimana sistem gastro-usus kita berfungsi pada tahap yang terbaik?

Persoalannya lebih besar daripada sembelit

Kebanyakan perbincangan mengenai kekerapan buang air besar bermula dengan definisi klinikal sembelit. Definisi itu penting apabila persoalan yang hendak dijawab ialah: Adakah seseorang itu mengalami sembelit?

Sebenarnya, definisi sembelit lebih kompleks daripada sekadar mengira berapa kali seseorang buang air besar dalam seminggu. Kriteria Rome IV untuk sembelit fungsional, misalnya, turut mengambil kira meneran, najis keras atau berketul, rasa pembuangan tidak lengkap, rasa tersumbat, keperluan menggunakan bantuan manual dan kekerapan buang air besar spontan yang rendah.[1]

Tetapi dalam amalan klinikal, bukan itu sahaja yang saya mahu tahu.

Saya lebih berminat dengan persoalan yang lebih luas: Sejauh mana sistem gastro-usus seseorang bergerak, memproses dan menyingkirkan apa yang tidak lagi diperlukan oleh tubuh?

Saluran gastro-usus bukan sekadar satu tiub yang dilalui makanan. Ia juga merupakan sebahagian daripada sistem penyingkiran tubuh. Bahan yang keluar melalui najis termasuk sisa makanan yang tidak diserap, biomassa dan metabolit mikrob, sel-sel usus yang tertanggal, bahan yang berasal daripada hempedu serta pelbagai komponen lain yang memasuki saluran gastro-usus sebelum akhirnya disingkirkan.

Apabila saya menggunakan perkataan detoksifikasi dalam konteks ini, saya bukan bercakap tentang minuman detoks, jus pembersih atau program detoks komersial. Saya maksudkan proses fisiologi biasa tubuh untuk mengubah, memproses dan menyingkirkan bahan yang tidak lagi diperlukan atau yang perlu dikawal kepekatannya. Hati, buah pinggang, saluran gastro-usus dan paru-paru, antara lain, semuanya mengambil bahagian dalam proses ini.

Jadi, buang air besar bukan semata-mata persoalan sama ada seseorang memenuhi definisi sembelit atau tidak. Ia merupakan sebahagian daripada proses penyingkiran tubuh, dan sebab itulah keteraturannya patut diberi perhatian.

Mengapa saya bercakap tentang buang air besar dalam Bulan Kesedaran Ekzema?

Apabila menguruskan ekzema, mudah untuk kita terlalu tertumpu kepada apa yang sedang berlaku pada kulit sehingga terlupa bertanya apa yang sedang berlaku di bahagian tubuh yang lain.

Dalam amalan saya, antara soalan paling asas apabila menilai seseorang dengan ekzema kronik masih lagi:

โ€œMacam mana buang air besar?โ€

Saya bukan sekadar mahu tahu sama ada pesakit menganggap dirinya sembelit. Saya mahu tahu sama ada buang air besar berlaku secara teratur, sama ada rasa hendak membuang datang secara semula jadi, sama ada najis mudah dikeluarkan dan sama ada selepas membuang mereka berasa benar-benar lega dan selesai. Saya juga mahu tahu tentang perut kembung, angin berlebihan, ketidakselesaan abdomen, corak pemakanan, pengambilan serat dan air serta aktiviti fizikal.

Agak kerap pesakit pada mulanya menjawab bahawa buang air besarnya โ€œbiasaโ€. Apabila saya bertanya dengan lebih khusus, rupanya โ€œbiasaโ€ itu bermaksud selang sehari, atau kadang-kadang dua hingga tiga hari sekali.

Bagi saya, itu sesuatu yang patut diberi perhatian.

Kadang-kadang langkah pertama tidak perlu terlalu rumit. Sebelum menambah satu lagi suplemen, satu lagi protokol yang panjang atau satu lagi produk untuk disapu pada kulit, mungkin ada perkara yang jauh lebih asas yang boleh kita perbaiki terlebih dahulu: membantu corak pembuangan yang tidak teratur kembali kepada pola yang lebih konsisten dan lebih sihat dari sudut fisiologi.

Ini boleh bermula dengan makanan yang sesuai, serat dan air yang mencukupi, pergerakan fizikal, tidak menahan rasa hendak membuang serta mengenal pasti apa yang mungkin sedang mengganggu fungsi gastro-usus yang normal.

Tetapi mengapa semua ini penting sedangkan masalah yang kita nampak berada pada kulit?

Ia adalah kerana usus bukan sekadar tempat makanan menunggu sebelum menjadi najis. Ia merupakan sebahagian daripada sistem pencernaan dan penyingkiran tubuh, dan di dalam kolon terdapat ekosistem mikrob yang sangat aktif dari segi metabolik.

Usus, mikrobiom, metabolit yang dihasilkan oleh mikrob dan sistem imun saling berinteraksi. Hubungan antara sistem gastro-usus dengan kulit pula semakin banyak dikaji melalui apa yang dikenali sebagai paksi ususโ€“kulit (gutโ€“skin axis), termasuk dalam dermatitis atopik atau ekzema.[2,3]

Ini tidak bermakna ekzema hanyalah masalah usus. Ekzema jauh lebih kompleks daripada itu, dan buang air besar yang tidak teratur bukan satu-satunya puncanya. Namun, apabila seseorang mempunyai ekzema kronik bersama corak pembuangan yang tidak teratur, perut kembung, penghadaman yang kurang baik atau masalah gastro-usus yang lain, saya tidak fikir keadaan usus patut diketepikan semata-mata kerana masalah yang paling jelas kelihatan berada pada kulit.

Sebelum kita berbincang tentang mikrobiom, SCFA, asid hempedu atau paksi ususโ€“kulit, kita boleh bermula dengan sesuatu yang sangat asas:

Adakah tubuh menyingkirkan sisa secara teratur?

Sebenarnya, berapa kerap manusia membuang air besar?

Satu pemerhatian yang menarik daripada kajian populasi berskala besar ialah walaupun julat kekerapan buang air besar yang diterima secara klinikal agak luas, setiap corak di dalam julat tersebut sebenarnya tidak berlaku dengan kekerapan yang sama.

Dalam Nursesโ€™ Health Study, tabiat buang air besar dinilai dalam lebih 86,000 wanita. Kumpulan terbesarโ€”54,264 wanitaโ€”melaporkan buang air besar sekali sehari. Seramai 15,641 membuang selang sehari, 6,348 membuang setiap tiga hingga empat hari dan hanya 1,067 membuang setiap lima hari atau lebih jarang. Sementara itu, 8,969 wanita membuang lebih daripada sekali sehari.[4]

Kajian tersebut tidak menunjukkan bahawa buang air besar setiap hari dengan sendirinya mengurangkan penyakit kardiovaskular atau kematian selepas faktor-faktor lain diambil kira. Namun, ia memberitahu kita sesuatu yang relevan untuk perbincangan ini: buang air besar sekali sehari merupakan corak yang paling banyak dilaporkan dalam populasi tersebut.[4]

Di sinilah pentingnya membezakan dua perkara.

Seseorang yang buang air besar setiap dua atau tiga hari tidak semestinya boleh terus dilabel sebagai mengalami sembelit, kerana diagnosis sembelit mengambil kira lebih daripada kekerapan sahaja.[1]

Tetapi pada masa yang sama, fakta bahawa seseorang belum memenuhi kriteria sembelit tidak menjawab persoalan sama ada corak pembuangannya merupakan corak fisiologi yang paling baik untuk dirinya.

Itulah perbezaan antara bertanya:

โ€œAdakah ini penyakit?โ€

dengan bertanya:

โ€œAdakah sistem ini berfungsi dengan sebaik-baiknya?โ€

Apa pula yang berlaku apabila corak pemakanan berbeza?

Kajian EPIC-Oxford melihat tabiat buang air besar dalam 20,630 lelaki dan wanita. Purata kekerapan buang air besar sudah melebihi tujuh kali seminggu dalam semua kumpulan pemakanan utama yang dikaji.[5]

Dalam kalangan lelaki, puratanya sekitar 9.5 kali seminggu bagi pemakan daging, 10.5 kali bagi vegetarian dan 11.6 kali bagi vegan. Dalam kalangan wanita pula, angkanya masing-masing sekitar 8.2, 9.1 dan 10.5 kali seminggu.[5]

Pengambilan serat makanan dan cecair bukan alkohol yang lebih tinggi turut dikaitkan dengan kekerapan buang air besar yang lebih tinggi.[5]

Ini bukan bermaksud semua orang perlu menjadi vegan. Ia juga tidak membuktikan bahawa semakin kerap seseorang membuang air besar, semakin sihat dirinya. Tetapi data ini mencabar anggapan bahawa usus yang sihat lazimnya memerlukan dua atau tiga hari sebelum mempunyai sesuatu untuk disingkirkan.

Dalam populasi ini, buang air besar setiap hariโ€”malah purata melebihi sekali sehari dalam sesetengah kumpulanโ€”adalah sesuatu yang selari dengan fungsi usus biasa.

Serat bukan sekadar mengubah rupa najis

Satu tinjauan sistematik yang diterbitkan pada 2026 menilai 113 kajian rawak terkawal dalam individu yang mempunyai fungsi usus normal.[6]

Bahagian ini penting kerana kajian-kajian tersebut bukan semata-mata melibatkan orang yang telah didiagnosis mengalami sembelit.

Secara keseluruhannya, peningkatan pengambilan serat mempengaruhi beberapa ukuran fungsi usus. Analisis tersebut mendapati bukti berkekuatan sederhana bahawa peningkatan serat secara purata melembutkan najis, meningkatkan berat najis dan kekerapan buang air besar serta memendekkan masa transit usus.[6]

Jadi mesejnya bukan sekadar, โ€œMakan serat sebanyak mungkin.โ€ Kajian-kajian yang dikumpulkan itu melibatkan pelbagai jenis dan jumlah serat, dan kesannya juga dipengaruhi oleh sifat serat yang digunakan.[6]

Perkara yang lebih penting ialah apabila pengambilan serat diubah dalam individu yang mempunyai fungsi usus normal, jumlah najis, kekerapan pembuangan dan masa transit turut boleh berubah.

Maknanya, kekerapan buang air besar bukan sekadar satu nombor. Sekurang-kurangnya sebahagiannya, ia menggambarkan apa yang sedang berlaku di dalam sistem gastro-usus.

Kita makan beberapa kali sehari. Apa yang kolon lakukan?

Ada satu persoalan mudah yang sudah lama bermain dalam fikiran saya. Kebanyakan kita makan sekurang-kurangnya dua atau tiga kali sehari. Kita minum sepanjang hari, sementara proses pencernaan dan metabolisme pula berlaku secara berterusan.

Jadi mengapa proses penyingkiran hanya berlaku sekali setiap dua atau tiga hari?

Sudah tentu satu hidangan makanan tidak bersamaan dengan satu kali buang air besar. Kebanyakan nutrien dan sebahagian besar air telah diserap lama sebelum bahan yang berbaki sampai ke bahagian hujung kolon.

Tetapi makan itu sendiri merangsang kolon.

Kajian menggunakan manometri kolon menunjukkan peningkatan aktiviti motor kolon selepas makan. Manometri ialah kaedah yang digunakan untuk mengukur perubahan tekanan dan corak pengecutan di dalam saluran pencernaan. Melaluinya, penyelidik boleh melihat bila kolon mengecut dan bagaimana kontraksi tersebut membantu menggerakkan kandungan usus.[7]

Selepas kita makan, kolon menghasilkan kontraksi yang membantu menggerakkan kandungannya ke hadapan. Kontraksi propagasiโ€”termasuk kontraksi propagasi beramplitud tinggi (high-amplitude propagating contractions)โ€”lebih kerap berlaku pada waktu siang, terutama selepas makan dan selepas bangun daripada tidur.[7,8]

Ini merupakan sebahagian daripada respons gastrokolik (gastrocolic response).

Maknanya, makan bukan sekadar memasukkan lebih banyak bahan ke dalam sistem gastro-usus. Makan juga merupakan salah satu isyarat fisiologi yang memberitahu kolon supaya bergerak.

Jadi jika seseorang makan setiap hari, kolon menerima rangsangan untuk bergerak setiap hari, tetapi buang air besar hanya berlaku setiap dua atau tiga hari, persoalannya bukan sekadar sama ada keadaan itu masih berada dalam โ€œjulat normalโ€.

Ada satu lagi persoalan yang lebih menarik.

Dua orang yang sama-sama dikatakan โ€œbiasaโ€

Bayangkan dua orang.

Aminah makan tiga kali sehari. Dia buang air besar hampir setiap pagi selepas sarapan, tanpa meneran dan tanpa rasa tidak puas selepas membuang.

Sara juga makan tiga kali sehari. Dia tidak sakit, tidak menganggap dirinya sembelit dan telah bertahun-tahun buang air besar sekali setiap dua atau tiga hari. Baginya, itulah kebiasaannya.

Kedua-duanya mungkin tidak memenuhi kriteria klinikal sembelit.

Tetapi adakah itu bermaksud perkara yang berlaku di dalam kolon mereka sepanjang tempoh tersebut juga sama?

Pada Aminah, kandungan kolon bergerak dan sebahagiannya disingkirkan secara teratur.

Pada Sara, sebahagian kandungan itu berada di dalam kolon lebih lama.

Dan kolon bukan bekas penyimpanan yang pasif.

Di dalamnya terdapat trilion mikroorganisma yang terus bekerjaโ€”menggunakan substrat yang tersedia, memecahkannya dan menghasilkan pelbagai metabolit.

Jadi sepanjang 24, 48 atau 72 jam itu, apakah sebenarnya yang dilakukan oleh bakteria usus?

Lebih menarik lagi:

Adakah bakteria menghasilkan bahan yang sama apabila kandungan kolon bergerak dengan lebih cepat berbanding apabila ia berada di situ lebih lama?

Dan kalau sebahagian bahan yang dihasilkan itu boleh diserap melalui usus, ke manakah ia pergi selepas itu?

Apa pula kaitannya dengan hati, buah pinggang dan sistem detoksifikasi tubuh?

Di sinilah cerita menjadi jauh lebih menarik daripada sekadar persoalan:

โ€œBerapa kali seminggu anda buang air besar?โ€

Dalam Bahagian 2

Dalam Bahagian 2, kita akan ikut perjalanan ini dengan lebih dekat:

masa transit โ†’ aktiviti mikrobiom โ†’ fermentasi karbohidrat atau protein โ†’ metabolit yang terhasil โ†’ penyerapan melalui usus โ†’ pemprosesan oleh hati โ†’ penyingkiran melalui buah pinggang atau najis.

Dan kita akan cuba menjawab satu persoalan yang jarang ditanya apabila seseorang berkata:

โ€œSaya buang air besar tiga hari sekali, tapi saya okay.โ€

Persoalannya bukan sahaja sama ada dia berasa okay.

Kerana sepanjang tiga hari itu, kolon bukannya sedang menunggu dengan senyap. Mikroorganisma di dalamnya masih aktif, substrat yang tersedia berubah, dan bahan yang dihasilkan oleh bakteria juga boleh berubah.

Jadi persoalan yang akan kita jawab seterusnya ialah:

Apa sebenarnya yang berlaku di dalam kolon sepanjang tiga hari ituโ€”dan adakah apa yang berlaku di situ kekal di dalam usus sahaja?

Bersambung dalam Bahagian 2.


Rujukan

  1. Rome Foundation. Rome IV Criteria: Functional Constipation. Rome Foundation. Kriteria sembelit fungsional merangkumi kekerapan pembuangan spontan serta ciri seperti meneran, najis keras, rasa pembuangan tidak lengkap dan halangan anorektal.
  2. Rios-Carlos M, Cervantes-Garcรญa D, Cรณrdova-Dรกvalos LE, Bermรบdez-Humarรกn LG, Salinas E. Unraveling the gut-skin axis in atopic dermatitis: exploiting insights for therapeutic strategies. Gut Microbes.2024;16(1):2430420. doi:10.1080/19490976.2024.2430420.
  3. Qu B, Zhang XE, Feng H, et al. Microbial perspective on the skinโ€“gut axis and atopic dermatitis. Open Life Sciences. 2024;19(1):20220782. doi:10.1515/biol-2022-0782.
  4. Ma W, Li Y, Heianza Y, et al. Associations of bowel movement frequency with risk of cardiovascular disease and mortality among US women. Scientific Reports. 2016. Data daripada Nursesโ€™ Health Study melibatkan 86,289 wanita.
  5. Sanjoaquin MA, Appleby PN, Spencer EA, Key TJ. Nutrition and lifestyle in relation to bowel movement frequency: a cross-sectional study of 20,630 men and women in EPIC-Oxford. Public Health Nutrition.2004;7(1):77โ€“83. doi:10.1079/PHN2003522.
  6. Balk EM, Couch E, Mai HJ, et al. Fiber intake and laxation in people with normal bowel function: a systematic review. The American Journal of Clinical Nutrition. 2026;123(3):101212. doi:10.1016/j.ajcnut.2026.101212.
  7. Rao SSC, Sadeghi P, Beaty J, Kavlock R, Ackerson K. Ambulatory 24-h colonic manometry in healthy humans.American Journal of Physiology-Gastrointestinal and Liver Physiology. 2001;280(4):G629โ€“G639. doi:10.1152/ajpgi.2001.280.4.G629.
  8. Bharucha AE. High amplitude propagated contractions. Review of colonic motor physiology and propagated contractions, including their relationship with awakening and meals.
Back to blog

Leave a comment