Pada 18 September 2026, satu meta-analisis baharu bertajukย Effect of homeopathy on symptom severity and quality of life among menopausal women: A meta-analysis diterbitkan dalam International Journal of Gynecology & Obstetrics. Kajian ini menggabungkan enam kajian terkawal rawak (randomized controlled trials, RCT) yang melibatkan sejumlah 557 wanita menopaus berumur antara 40 hingga 55 tahun.
Sebagai seorang pengamal homeopati, saya melihat penerbitan ini sebagai satu perkembangan yang menarik dan memberi kesan positif kepada dunia perubatan homeopati. Bukan kerana satu meta-analisis boleh dianggap sebagai jawapan muktamad kepada persoalan keberkesanan homeopati dalam menopaus, tetapi kerana ia menunjukkan bahawa pengalaman klinikal yang telah lama diperhatikan oleh pengamal kini semakin cuba diterjemahkan kepada bentuk penyelidikan yang boleh dinilai, dibandingkan dan seterusnya dihasilkan semula.
Meta-analisis tersebut melaporkan pengurangan pada keseluruhan simptom menopaus serta rasa panas mendadak (hot flushes) dalam kumpulan yang menerima intervensi homeopati. Bagi ukuran keseluruhan kualiti hidup, perbezaannya tidak mencapai signifikan statistik. Tiada kesan advers serius berkaitan rawatan homeopati dilaporkan dalam kajian-kajian yang dimasukkan. Penulis menyimpulkan bahawa homeopati โmay reduce menopausal symptomsโ, khususnya hot flushes, dan mencadangkan supaya penyelidikan yang lebih besar dan berkualiti tinggi diteruskan.
Bagi saya, bahagian terakhir itu juga penting. Dalam penyelidikan, keperluan untuk kajian seterusnya bukan bermaksud sesuatu hasil itu perlu dipandang secara negatif. Sebaliknya, begitulah ilmu berkembang. Kita melihat sesuatu corak, mengujinya, memperbaiki kaedah penyelidikan, mengulang kajian pada kumpulan yang lebih besar dan melihat sama ada hasil yang sama dapat diperoleh sekali lagi.
Dalam bidang homeopati, proses itu menjadi lebih menarik kerana cara kita memahami dan merawat pesakit tidak semestinya sama dengan model satu diagnosis, satu ubat.
Dari Sudut Homeopati, Menopaus Bukan Sekadar
Hot Flushes
Bagi seorang homeopath, wanita yang datang dengan simptom perimenopaus atau menopaus jarang dilihat hanya melalui satu aduan. Dia mungkin datang kerana rasa panas yang datang secara tiba-tiba, tetapi apabila pengambilan kes dilakukan dengan lebih menyeluruh, mungkin terdapat perubahan haid, gangguan tidur, berdebar-debar, sakit kepala, kekeringan, perubahan tenaga, rasa tidak selesa pada tubuh atau pelbagai simptom lain yang berlaku dalam tempoh yang sama.
Kemudian terdapat pula perubahan mental dan emosi. Ada wanita yang menjadi lebih mudah tersinggung, cepat menangis atau lebih sensitif. Ada yang berasa gelisah, mahu menyendiri, mudah terasa atau mendapati perkara yang dahulunya boleh dihadapi dengan tenang tiba-tiba terasa begitu membebankan. Ada juga yang menggambarkan keadaan ini sebagai satu emotional roller coaster sehingga mereka sendiri berkata, โSaya rasa macam bukan diri saya.โ
Dalam perubatan konvensional, banyak perubahan ini difahami dalam konteks peralihan fisiologi dan hormon yang berlaku sepanjang perimenopaus dan menopaus. Pendekatan tersebut sangat penting kerana simptom yang dianggap berkaitan menopaus kadangkala juga boleh disebabkan atau diburukkan oleh keadaan lain seperti masalah tiroid, anemia, gangguan tidur, kesan ubat, kemurungan atau kebimbangan.
Homeopati pula melihat satu lapisan tambahan, iaitu bagaimana individu tersebut mengalami keseluruhan perubahan itu.
Sebab itu dalam pengambilan kes homeopati, kita tidak berhenti pada pertanyaan sama ada seseorang mengalami hot flushes. Kita mahu tahu bagaimana rasa panas itu berlaku, bila ia datang, apa yang memburukkan atau melegakannya, bagaimana tidurnya, bagaimana haidnya berubah dan apa yang sedang berlaku pada keadaan mental serta emosinya.
Semua ini bukan cerita sampingan. Ia membentuk sebahagian daripada totaliti simptom yang digunakan untuk memahami gambaran seseorang pesakit.
Satu Menopaus, Banyak Gambaran
Di sinilah pendekatan homeopati menjadi sangat individual.
Dua wanita boleh datang dengan diagnosis yang sama dan kedua-duanya boleh mengalami hot flushes, tetapi keseluruhan gambaran mereka mungkin sangat berbeza. Seorang mungkin mengalami panas bersama rasa mudah marah dan mahu menjauhkan diri daripada orang lain. Seorang lagi mungkin lebih emosional dan mencari sokongan. Yang lain mungkin mengalami kesedihan, keresahan, gangguan tidur atau perubahan haid dengan ciri yang sama sekali berbeza.
Dalam materia medica homeopati, memang terdapat banyak remedi yang mempunyai gambaran berkaitan sistem reproduktif wanita serta perubahan fizikal dan emosi yang boleh berlaku sepanjang kehidupan seorang wanita. Sepia, Pulsatilla, Ignatia dan Natrum muriaticum merupakan antara remedi yang sering muncul dalam pertimbangan repertorial bergantung kepada totaliti kes. Terdapat juga penggunaan nosod dan sarkod (sarcode) dalam pendekatan tertentu apabila gambaran dan metodologi pengamal membawa ke arah tersebut.
Materia medica juga terus berkembang. Remedi yang lebih baharu seperti Chocolate, misalnya, boleh menjadi satu lagi pertimbangan apabila gambaran seseorang pesakit bersesuaian dengannya. Ia tidak bermaksud Chocolate ialah โremedi menopausโ, sama seperti Sepia juga tidak sepatutnya diberikan kepada setiap wanita hanya kerana dia sedang melalui menopaus. Nama diagnosis tidak menentukan remedi; gambaran individu yang membantu menentukan pemilihan remedi.
Ini juga menjelaskan mengapa soalan โApakah remedi homeopati untuk menopaus?โ sebenarnya terlalu umum. Dari perspektif homeopati, soalan yang lebih menarik ialah: bagaimanakah wanita ini mengalami menopausnya?
Cabaran Menjadikan Pengalaman Klinikal Sesuatu yang Boleh Diuji
Di sinilah saya melihat kepentingan sebenar penyelidikan seperti meta-analisis terbaru ini.
Bayangkan kita mempunyai 100 wanita yang mengalami hot flushes. Dalam reka bentuk kajian farmakologi konvensional, satu intervensi yang sama boleh diberikan kepada satu kumpulan dan dibandingkan dengan plasebo atau rawatan lain dalam kumpulan kawalan. Pendekatan seperti ini sangat berguna apabila intervensi yang hendak diuji memang bersifat standard.
Homeopati individual mempunyai persoalan metodologi yang sedikit berbeza. Seratus wanita dengan hot flushes tidak semestinya menerima satu remedi yang sama kerana preskripsi mengambil kira keseluruhan gambaran kes. Seorang mungkin membawa pengamal kepada Sepia, seorang lagi Pulsatilla, manakala yang lain mungkin memerlukan remedi yang sama sekali berbeza.
Jadi persoalan penyelidikan tidak semestinya:
โAdakah Sepia merawat menopaus?โ
Ia juga boleh menjadi:
โAdakah rawatan homeopati yang diindividualisasikan menghasilkan perubahan yang boleh diukur apabila dibandingkan dengan kawalan yang sesuai?โ
Satu RCT dua-buta terkawal plasebo yang diterbitkan pada 2023 telah cuba melakukan perkara tersebut dengan membandingkan individualized homeopathic medicines dengan plasebo dalam 60 wanita dengan sindrom menopaus. Kajian menggunakan beberapa instrumen penilaian termasuk Greene Climacteric Scale, Menopause Rating Scale dan ukuran kualiti hidup.
Bagi perkembangan penyelidikan homeopati, usaha seperti ini sangat penting kerana penyelidik bukan sekadar menguji satu remedi sebagai pengganti kepada satu ubat farmaseutikal. Mereka cuba menguji proses rawatan yang mengekalkan unsur individualisasi, sambil masih menggunakan kaedah yang membolehkan outcome diukur dan kumpulan dibandingkan.
RCT Masih Penting, Tetapi Reka Bentuk Penyelidikan Perlu Memahami Intervensi yang Dikaji
Saya tidak melihat cabaran ini sebagai alasan untuk mengatakan bahawa RCT tidak sesuai untuk homeopati. Sebaliknya, ia menunjukkan bahawa metodologi penyelidikan perlu terus diperhalusi supaya reka bentuk kajian benar-benar menjawab persoalan yang hendak dikaji.
Randomisasi, pembutaan, kumpulan kawalan dan ukuran outcome mempunyai fungsi yang sangat penting dalam mengurangkan bias. Tetapi pada masa yang sama, penyelidikan terhadap sesuatu sistem rawatan perlu memahami sifat sistem tersebut. Jika proses individualisasi merupakan sebahagian daripada intervensi homeopati, maka kita perlu mencari reka bentuk yang dapat mengekalkan individualisasi tersebut tanpa mengorbankan ketelitian saintifik.
Persoalannya kemudian menjadi lebih menarik: bagaimana pengambilan kes distandardkan secukupnya untuk penyelidikan tanpa menjadikannya terlalu kaku? Bagaimana proses pemilihan remedi direkodkan supaya boleh difahami oleh penyelidik lain? Apakah outcome yang paling bermakna kepada wanita? Berapa lama mereka perlu diikuti? Dan bagaimana kajian tersebut boleh direplikasi oleh kumpulan penyelidik lain?
Semua ini bukan tanda bahawa homeopati tidak boleh dikaji. Sebaliknya, inilah kerja yang perlu dilakukan untuk membina penyelidikan homeopati yang semakin matang.
Ini Bukan Cabaran Homeopati Sahaja
Persoalan metodologi seperti ini sebenarnya berlaku dalam banyak bidang perubatan komplementari dan integratif.
Satu semakan sistematik yang diterbitkan untuk membantu kemas kini cadangan International Menopause Society menilai 158 kajian terapi komplementari, termasuk 114 RCT. Intervensinya sangat pelbagai, merangkumi perubatan herba Cina, akupunktur, nutrien, aromaterapi, urutan, Tai Chi/Qigong, yoga, intervensi minda-tubuh dan homeopati.
Ini menunjukkan bahawa dunia penyelidikan semakin cuba menjawab persoalan yang lebih luas daripada sekadar โkonvensional lawan alternatifโ. Persoalan yang lebih produktif ialah bagaimana sesuatu intervensi boleh dinilai dengan kaedah yang sesuai, apakah manfaat dan batasannya, dan bagaimana bukti itu boleh digunakan untuk membuat keputusan kesihatan yang lebih baik.
Malah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menerbitkan Global Research Priorities and Agenda for Traditional, Complementary and Integrative Medicine 2025โ2034 pada September 2026. Agenda tersebut memberi penekanan kepada pembangunan bukti yang lebih baik mengenai keselamatan, keberkesanan, regulasi dan integrasi perubatan tradisional, komplementari dan integratif.
Bagi bidang yang sekian lama berada di luar arus utama penyelidikan perubatan, perkembangan seperti ini mempunyai nilai yang besar.
Kenapa Menopaus Menjadi Bidang yang Begitu Menarik?
Perimenopaus dan menopaus sendiri merupakan pengalaman yang sangat individual. Tidak semua wanita mempunyai simptom yang sama, tahap keterukan yang sama atau keperluan rawatan yang sama.
Perubatan konvensional mempunyai terapi hormon menopaus yang berkesan untuk simptom tertentu, khususnya simptom vasomotor, dan terdapat juga pilihan bukan hormon. Pemilihan rawatan perlu mengambil kira simptom, sejarah kesihatan, faktor risiko serta pilihan seseorang wanita.
Dalam keadaan inilah saya melihat nilai penyelidikan terhadap pendekatan komplementari. Tujuannya bukan untuk mencipta pertandingan antara homeopati dengan rawatan konvensional. Sebaliknya, kita mahu mengetahui sama ada terdapat pendekatan tambahan yang boleh membantu sesetengah wanita, apakah jenis simptom yang mungkin memberi respons, bagaimana rawatan tersebut boleh digunakan dengan selamat dan bagaimana kesannya boleh dikaji secara konsisten.
International Menopause Society sendiri menekankan pentingnya profesional kesihatan bertanya tentang penggunaan terapi komplementari dan mengambil kira pilihan serta nilai individu dalam proses membuat keputusan bersama mengenai penjagaan menopaus.
Bagi saya, itu merupakan pendekatan yang lebih matang terhadap kesihatan wanita. Kita tidak perlu menganggap bahawa semua wanita mahukan perkara yang sama, dan kita juga tidak perlu melihat satu bentuk rawatan sebagai jawapan kepada semua keadaan.
Menopaus Bukan Hanya Tentang Mengawal Simptom
Bila bercakap tentang perimenopaus dan menopaus, mudah untuk kita tertumpu kepada simptom yang paling mengganggu โ rasa panas mendadak, tidur yang berubah, emosi yang turun naik atau haid yang semakin tidak menentu. Tetapi dalam jangka panjang, saya rasa wanita juga perlu melihat apa yang sedang berlaku kepada kesihatan secara keseluruhan.
Pemakanan, aktiviti fizikal, kekuatan otot, kesihatan tulang, tidur, tekanan darah, gula dan lipid semuanya semakin penting apabila kita memasuki pertengahan usia. Sebab itu saya tidak melihat homeopati, pemakanan atau suplemen sebagai perkara yang perlu berlawan antara satu sama lain. Masing-masing mempunyai tempat yang berbeza.
Dalam konteks suplemen, saya lebih suka bermula dengan satu soalan mudah: apa sebenarnya yang diperlukan oleh individu ini?
Vitamin D dan vitamin K, misalnya, mempunyai peranan dalam kesihatan tulang. Produk Sacha Inchi K2+D3 Linogreenyang terdapat di Nurbisa menggabungkan minyak sacha inchi dengan vitamin D3 dan K2. Formulasi produknya mengandungi vitamin D3 1000 IU dan vitamin K2 60 mcg, selain minyak sacha inchi sebagai sumber asid lemak tidak tepu.
Magnesium pula merupakan mineral penting dalam fungsi normal otot dan saraf. Namun, saya tidak melihat magnesium sebagai โsuplemen menopausโ. Ia perlu dipertimbangkan berdasarkan pemakanan dan keperluan seseorang, bukannya diberikan secara automatik kepada semua wanita apabila mencecah umur tertentu.
Ada juga wanita pertengahan usia yang mula menghadapi masalah keselesaan sendi atau pergerakan. Dalam keadaan seperti ini, produk seperti Ancaflex mempunyai tujuan yang berbeza daripada suplemen nutrien biasa kerana formulasinya memang dibangunkan untuk menyokong keselesaan sendi dan mobiliti. ย Tetapi sakit atau bengkak yang berterusan tentunya tidak patut dianggap sebagai โbiasalah umur 40 lebihโ tanpa mengetahui puncanya.
Jadi saya tidak mahu membuat satu senarai:
โMasuk menopaus, ambil A + B + C.โ
Bagi saya itu bercanggah dengan keseluruhan mesej artikel ini. Kalau dalam homeopati kita mengindividualisasikan rawatan berdasarkan seseorang wanita, pemakanan dan suplemen pun patut dilihat dengan pemikiran yang sama.
Apa yang dia perlukan? Apa yang dia sudah dapat daripada makanan? Apa simptom dan keadaan kesihatannya? Apa ubat yang sedang digunakan? Dan apa tujuan kita memberikan suplemen tersebut?
Kadang-kadang ada keperluan untuk suplemen. Kadang-kadang yang lebih diperlukan ialah makanan yang lebih baik, bergerak lebih banyak, tidur yang lebih teratur atau pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu.
Sebab matlamat kita bukan sekadar hendak โmelepasi menopausโ.
Kita mahu masuk ke fasa kehidupan seterusnya dengan tubuh yang masih kuat dan kesihatan yang terus dijaga.
Produk berkaitan di Nurbisa: Magnesium NHF ยท Sacha Inchi K2+D3 Linogreen ยท Ancaflex
Pilihan bergantung kepada keperluan individu. Semak kandungan dan kesesuaian produk, terutama jika mempunyai keadaan kesihatan tertentu atau mengambil ubat.
Enam RCT dan 557 Wanita: Apa Maknanya kepada Dunia Homeopati?
Inilah bahagian yang membuatkan meta-analisis September 2026 tersebut menarik bagi saya.
Kita kini mempunyai enam RCT dengan keseluruhan 557 wanita yang boleh dikumpulkan dan dianalisis secara sistematik. Hasil analisis memberikan isyarat positif terhadap pengurangan beberapa simptom menopaus, termasuk hot flushes.
Saya tidak melihat angka itu sebagai penghujung perbincangan. Saya melihatnya sebagai asas untuk bergerak lebih jauh.
Kita mahu lebih banyak kajian, lebih ramai peserta dan metodologi yang semakin memahami sifat individualisasi dalam homeopati. Kita mahu pengambilan kes dan proses pemilihan remedi diterangkan dengan lebih baik supaya kajian boleh dinilai dan diulang. Kita juga mahu outcome yang benar-benar bermakna kepada wanita โ bukan sahaja perubahan satu skor, tetapi tidur, fungsi harian, kesejahteraan, tahap simptom dan kemampuan menjalani kehidupan seperti biasa.
Jika sesuatu yang selama ini diperhatikan dalam pengalaman klinikal boleh diterjemahkan kepada protokol penyelidikan, diuji secara sistematik, diperhalusi dan akhirnya direplikasi oleh kumpulan penyelidik yang berbeza, di situlah pengalaman klinikal mula bertemu dengan bukti yang boleh diuji secara saintifik.
Itulah sebabnya saya melihat kajian ini sebagai sesuatu yang memberi kesan positif kepada perkembangan perubatan homeopati.
Bukan kerana kita akhirnya mendapat satu paper yang boleh diangkat sambil berkata, โNampak? Dah terbukti.โ
Saya mahu lebih daripada itu.
Sebagai pengamal, saya mahu penyelidikan membantu kita memahami apa yang boleh dilakukan oleh homeopati, kepada siapa ia mungkin membantu, bagaimana ia paling baik digunakan dan bagaimana hasil yang kita lihat dalam klinik boleh diuji serta dihasilkan semula dalam penyelidikan.
Homeopati mempunyai sejarah klinikalnya, materia medica, repertori dan tradisi individualisasi yang panjang. Cabaran generasi penyelidikan sekarang ialah bagaimana pengetahuan itu boleh dibawa ke dalam penyelidikan moden tanpa menghilangkan sifat rawatan yang sedang dikaji.
Kalau semakin ramai penyelidik mahu mengambil cabaran itu, saya melihatnya sebagai satu perkembangan yang sangat menarik.
Kaji. Perhalusi. Ulang. Bandingkan. Dan kaji lagi.
Haaaโฆ inilah jenis paper yang saya suka untuk kita #BacaKajianBersama. ๐
#membawangsihatwithmaryam #mkjbebel #bacakajianbersama
Rujukan dan Bacaan Lanjut
- Bilgiรง Fล, Yฤฑldฤฑz Karaahmet A, Laleh SS. Effect of homeopathy on symptom severity and quality of life among menopausal women: A meta-analysis. International Journal of Gynecology & Obstetrics. Published online 18 September 2026. DOI: 10.1002/ijgo.71303.ย โ PubMed โ Bilgiรง et al., 2026
- Ghosh S, Palanisamy C, Das AD, et al. Efficacy of Individualized Homeopathic Medicines in the Treatment of Menopausal Syndrome: Double-Blind, Randomized, Placebo-Controlled Trial. Journal of Integrative and Complementary Medicine. 2023;29(10):649โ664. DOI: 10.1089/jicm.2022.0760.ย โ PubMed โ Ghosh et al., 2023
- Maunder A, Mardon AK, Rao V, et al. Complementary therapies for management of menopausal symptoms: a systematic review to inform the update of the International Menopause Society recommendations on womenโs midlife health. Climacteric. 2026;29(2):165โ209. DOI: 10.1080/13697137.2025.2584061.ย โ PubMed โ systematic review of complementary therapies
- World Health Organization. WHO Global Research Priorities and Agenda for Traditional, Complementary and Integrative Medicine 2025โ2034. Geneva: WHO; 2026.ย โ WHO โ Global TCIM Research Agenda
- International Menopause Society. IMS recommendations and key messages on womenโs midlife health and menopause. Climacteric. 2026.ย โ International Menopause Society recommendations
Nota: Artikel ini merupakan perbincangan pendidikan mengenai penyelidikan dan perspektif amalan homeopati. Nama remedi yang disebut ialah contoh untuk menerangkan konsep individualisasi dalam homeopati dan bukan cadangan supaya remedi tersebut digunakan sendiri berdasarkan diagnosis menopaus semata-mata. Simptom yang baru, luar biasa, teruk atau berpanjangan tetap memerlukan penilaian kesihatan yang sewajarnya.
ย