Masuk 40-an, Kulit Tiba-tiba Bermasalah atau Makin Teruk? Kenapa?

Masuk 40-an, Kulit Tiba-tiba Bermasalah atau Makin Teruk? Kenapa?

Oleh Maryam KJ | Nurbisa ร— Homeopathy Integrasi

"Dulu pakai sabun apa pun tidak ada masalah. Sekarang tukar sabun lain jer, kulit terus gatal."

Kalau ayat itu pernah keluar dari mulut korang, pastinya korang tidak keseorangan.

Ada wanita yang tidak pernah bermasalah dengan kulit, tetapi sebaik masuk usia 40-an, kulit mula terasa kering, gatal dan mudah meradang. Ada pula yang sudah lama hidup dengan ekzema, tiba-tiba merasakan keadaannya makin sukar dikawal.

Saya sendiri melalui perubahan ini. Dan soalan pertama yang muncul dalam kepala saya ialah: usia, atau hormon?

Jawapannya tidak sehitam putih itu. Perubahan hormon mungkin memainkan peranan, tetapi ia bukan satu-satunya watak. Persekitaran, rutin harian, fungsi perlindungan kulit dan tindak balas sistem imun juga berselirat dalam cerita yang sama. Sepanjang tulisan ini, saya akan bawa korang melihat apa yang kajian katakan, apa yang kulit kita sebenarnya lalui โ€” dan apa yang saya alami sendiri, kerana pengalaman itulah yang membuat saya mula membaca, bertanya dan mengubah cara saya menjaga kulit.

Ekzema bukan kisah zaman kanak-kanak sahaja

Apabila disebut ekzema, kita terus membayangkan pipi bayi yang merah dan bersisik, atau kanak-kanak yang menggaru lipatan siku dan lutut.

Saya pun pernah berfikir begitu โ€” sehinggalah masalah kulit datang kepada saya sendiri ketika dewasa.

Satu ulasan sistematik dan meta-analisis dalamย Journal of the American Academy of Dermatologyย pada 2019 mendapati kira-kiraย 26% orang dewasa yang menghidap dermatitis atopik melaporkan penyakit itu bermula ketika dewasa(Lee et al., 2019). Saya nak jujur dengan angka ini: dalam kajian tersebut, "ketika dewasa" bermaksud selepas umur 16 tahun โ€” bukan khusus selepas 40. Jadi ia bukan bermakna satu daripada empat wanita berusia 40-an akan mendapat ekzema. Angka tersebut juga datang daripada kajian yang agak berbeza-beza antara satu sama lain, jadi wajar dibaca sebagai anggaran, bukan kadar yang tepat.

Tetapi mesej besarnya kekal: ekzema bukan kebiasaan hanya di zaman kanak-kanak sahaja. Ia boleh muncul atau berulang bila-bila masa, dan apabila ia datang kepada orang dewasa, tempatnya kadang-kadang berbeza โ€” lebih kerap melibatkan kaki, dan kurang melibatkan lipatan siku dan lutut berbanding kes yang bermula sejak kecil (Lee et al., 2019; Hren et al., 2024).

Ada satu perbezaan yang saya sendiri kena belajar bezakan: dermatitis atopik (atopic dermatitis) dan dermatitis sentuhan (contact dermatitis) bukan perkara yang sama. Dermatitis sentuhan berlaku apabila kulit bertindak balas terhadap bahan tertentu, sama ada secara iritasi (contohnya pendedahan berulang kepada sabun dan air) atau alahan. Mekanismenya berbeza, dan cara menanganinya juga berbeza.

Saya tahu ini bukan sekadar teori. Ketika berusia 32 tahun, masalah kulit saya bermula pada tangan kanan akibat sabun pencuci pinggan. Pada mulanya ia kecil sahaja, tetapi lama-kelamaan merebak sehingga melibatkan seluruh tangan โ€” kulit menjadi kering, bersisik dan meradang. Ketika itu saya faham ia sebagai dermatitis sentuhan. Saya tidak pernah sangka, beberapa tahun kemudian, kulit saya akan melalui perubahan yang jauh lebih besar.

Kenapa kulit boleh jadi lebih sensitif selepas 40?

Salah satu perkara yang membuat saya terpegun tentang kulit ialah organ ini mempunyai reseptor estrogen.

Estrogen bukan sekadar hormon sistem reproduktif. Ia turut mempengaruhi struktur kulit, penghasilan kolagen, kelembapan dan proses penyembuhan tisu. Menjelang perimenopaus, paras estrogen tidak menurun secara perlahan dan teratur; ia boleh turun naik dengan ketara, dan penghasilan progesteron juga berubah apabila ovulasi menjadi tidak menentu. Selepas menopaus, perubahan hormon ini dikaitkan dengan kulit yang lebih kering, kehilangan kelembapan yang meningkat, dan pengurangan kandungan kolagen.

Pada ketika fungsi perlindungan kulit sudah terganggu, bahan yang dahulunya tidak pernah menjadi masalah boleh mula terasa pedih atau mencetuskan kerengsaan. Inilah sebabnya sesetengah wanita mendapati kulit mereka "tiba-tiba" menjadi lebih sensitif walaupun produk yang digunakan tidak berubah.

Di sinilah keadaan saya sendiri bertembung dengan sains. Pada usia 40 tahun, saya mengalami keguguran. Kehamilan melibatkan perubahan hormon yang besar; apabila ia berakhir, tubuh melalui proses penyesuaian sekali lagi. Dua tahun kemudian, ketika berusia 42 tahun, saya mengalami episod dermatitis yang jauh lebih teruk daripada sebelumnya โ€” kali ini bukan lagi terhad pada tangan, tetapi merangkumi hampir seluruh badan, termasuk wajah.

Saya tidak boleh mengatakan keguguran itu menyebabkan dermatitis tersebut. Tetapi pengalaman itu membuatkan saya bertanya soalan yang lebih besar:ย adakah perubahan hormon menjadikan kulit yang sudah mempunyai sejarah keradangan lebih mudah terjejas?

Apabila fungsi perlindungan kulit terganggu

Untuk menjawab soalan itu, kita kena lihat dulu lapisan yang menjaga kita setiap hari: halangan kulit (skin barrier).

Lapisan ini terdiri daripada sel-sel kulit dan lipid yang mengekalkan kelembapan sambil mengurangkan kemasukan bahan perengsa, alergen dan mikroorganisma. Apabila ia terganggu, kulit lebih mudah kehilangan air; ia terasa kering, tegang dan lebih cepat merengsa. Pendedahan berulang kepada air dan bahan pencuci โ€” membasuh pinggan, mencuci pakaian, membersihkan rumah, membasuh tangan dengan kerap โ€” boleh menghakis lipid semula jadi ini, terutama jika kita menggunakan bahan pencuci yang kuat.

Produk penjagaan diri pun perlu diberi perhatian. Sabun, pewangi dan kosmetik boleh mengandungi bahan yang merengsa atau menyebabkan alahan pada individu tertentu. Pewarna rambut, contohnya, boleh mengandungi bahan sepertiย para-phenylenediamineย (PPD) yang dikenali boleh mencetuskan dermatitis sentuhan alahan.

Apabila masalah kulit saya menjadi begitu dahsyat ย pada usia 42 tahun, setelah membaca tentang hal ini saya mula membayangkan sesuatu yang lebih daripada sekadar satu punca. Mungkinkah ia gabungan pendedahan persekitaran, fungsi perlindungan kulit yang lemah danย perubahan hormon? Itu teori peribadi saya โ€” ia bukan sesuatu yang boleh saya buktikan melalui pengalaman sendiri, tetapi ia ada asas fisiologi yang menarik untuk diterokai.

Perimenopaus, hormon dan sistem imun

Kalau kita ikut logik ini, ada satu lagi kepingan yang menyatukannya: sistem imun.

Estrogen dan progesteron bukan sahaja mempengaruhi struktur kulit; kedua-duanya berinteraksi dengan pelbagai sel imun dan mekanisme keradangan. Satu ulasan dalamย Clinical and Experimental Dermatologyย membincangkan perubahan kulit yang berkaitan dengan menopaus โ€” kekeringan (xerosis), kegatalan (pruritus), peningkatan kehilangan air melalui kulit, dan perubahan kandungan kolagen (Kamp et al., 2022). Ulasan itu juga menyatakan bahawa lebih banyak kajian diperlukan sebelum kita boleh membuat kesimpulan yang muktamad.

Ini penting untuk ditekankan: bukti setakat ini mengaitkan menopaus dengan perubahan kulit, tetapi iaย belum membuktikanย bahawa turun naik hormon perimenopaus menyebabkan dermatitis atopik. Membaca ulasan itu mengajar saya satu perkara yang saya pegang sejak itu โ€” perubahan hormon bukan punca tunggal; ia lebih mungkin menjadiย latar belakangย yang membuatkan kulit yang sudah cenderung meradang lebih mudah terjejas apabila bertemu dengan pencetus lain.

Jadi apabila saya memandang kembali pengalaman saya, saya tidak nampak satu punca. Saya nampak beberapa benang yang bertemu serentak: sejarah dermatitis sentuhan, kemungkinan fungsi perlindungan kulit yang lemah, pendedahan kepada bahan perengsa, kemungkinan jangkitan kulat yang berlaku bersama-sama, dan perubahan hormon yang berlaku sepanjang usia pertengahan.

Cuaca Malaysia pun ada peranannya

Kita biasanya mengaitkan ekzema dengan musim sejuk di negara beriklim sejuk โ€” kulit jadi kering, gatal, merekah. Tetapi tinggal di negara panas dan lembap seperti Malaysia juga ada cabarannya sendiri, cuma bentuknya berbeza.

Cuba bayangkan rutin kita. Pagi, kita keluar rumah ketika cuaca sudah mula panas; sebelum sampai ke tempat kerja, peluh sudah membasahi leher, belakang badan dan kawasan bawah tudung. Kemudian kita menghabiskan berjam-jam dalam bangunan berhawa dingin, yang udaranya lazimnya kering dan boleh menarik kelembapan daripada kulit. Tengah hari, kita keluar semula ke cuaca panas dan peluh, lalu masuk semula ke ruang sejuk.

Bagi kulit yang sensitif, turun naik ini boleh menambah ketidakselesaan. Peluh boleh mencetuskan kegatalan bagi sesetengah individu, terutama apabila ia terperangkap pada lipatan kulit atau di bawah pakaian yang kurang menyerap kelembapan. Cuaca panas dan lembap juga menyediakan keadaan sesuai untuk pertumbuhan sesetengah jenis kulat โ€” dan jangkitan kulat boleh menghasilkan ruam yang menyerupai ekzema, khususnya apabila ada kemerahan, kegatalan dan kulit bersisik.

Dalam keadaan tertentu, seseorang boleh mengalami lebih daripada satu masalah kulit pada masa yang sama. Saya sendiri pernah mengesyaki jangkitan kulat berlaku serentak ketika dermatitis saya paling teruk. Walaupun saya tidak mempunyai pengesahan, kemungkinan itu membuatkan saya lebih berhati-hati apabila menilai ruam yang "hampir sama".

Dan satu lagi kebiasaan kita: mandi dengan lebih kerap apabila panas. Dua tiga kali sehari mungkin terasa menyegarkan, tetapi penggunaan sabun kuat secara berulang bersama air panas boleh mengurangkan lipid semula jadi kulit. Akhirnya, tekanan pada halangan kulit bertambah, dan kekeringan pula menjadi lebih ketara.

Kita juga tidak boleh melupakan keadaan pencemaran udara, termasuk jerebu yang berlaku dari semasa ke semasa. Beberapa penyelidikan menunjukkan hubungan antara pendedahan kepada bahan pencemar udara dengan gejala atau keterukan dermatitis atopik. Walau bagaimanapun, kesannya bergantung kepada jenis pencemar, tahap pendedahan dan keadaan individu.

Jadi, apabila kulit mula menjadi semakin sensitif pada usia pertengahan, perubahan hormon mungkin bukan satu-satunya perkara yang perlu diberi perhatian. Persekitaran dan rutin harian juga memainkan peranan.

Perjalanan pemulihan kulit saya

Saya nak jujur tentang bahagian ini, kerana pemulihan adalah bahagian yang paling jarang diceritakan.

Ketika dermatitis saya memuncak, perubahannya bukan sahaja pada tangan dan badan โ€” ia jelas kelihatan pada wajah. Bagi sesiapa yang pernah mengalami masalah kulit yang teruk, korang tahu ia bukan sekadar soal rupa. Kulit sentiasa terdedah; apabila ia meradang, aktiviti biasa yang tidak pernah menjadi masalah pun terasa tidak selesa. Yang lebih mencabar ialah masa.

Keadaan saya tidak berubah dalam beberapa hari atau minggu, ia mengambil masa dalam enam bulan bagi keradangan surut โ€” tetapi kesannya masih jelas, terutama pada wajah. Hampir setahun diperlukan sebelum kulit pulih dengan lebih ketara. Akhirnya, dermatitis pada tangan dan seluruh badan sembuh, dan kini saya tidak lagi mengalami masalah kulit yang aktif, walaupun masih ada parut daripada keradangan lalu. Apabila saya melihat gambar-gambar lama, saya sendiri terkejut dengan betapa besarnya perubahan yang pernah berlaku.

Pengalaman itu meninggalkan saya dengan satu soalan yang tidak pernah benar-benar berjawab: sepanjang proses pemulihan yang panjang itu, apa sebenarnya yang berubah? Adakah hanya fungsi perlindungan kulit yang pulih? Adakah sistem imun turut menyesuaikan diri? Atau perubahan hormon juga memainkan peranan? Saya tidak tahu jawapannya dengan pasti. Tetapi saya keluar dari pengalaman itu dengan satu keyakinan โ€” kulit bukan organ yang berdiri sendiri; ia sentiasa bercakap dengan hormon, imun dan persekitaran.

Bukan semua ruam gatal itu ekzema

Ini bahagian yang saya paling ingin orang ingat.

Tidak semua ruam yang merah, bersisik dan gatal itu ekzema. Dermatitis sentuhan, dermatitis atopik, jangkitan kulat dan psoriasis boleh kelihatan hampir serupa, tetapi mekanisme dan rawatannya berbeza. Dermatitis sentuhan berpunca daripada tindak balas kepada bahan tertentu; dermatitis atopik melibatkan interaksi yang lebih kompleks antara halangan kulit, sistem imun, faktor genetik dan persekitaran; jangkitan kulat disebabkan organisma kulat; manakala psoriasis ialah penyakit keradangan yang berkaitan dengan disregulasi sistem imun dan pertumbuhan sel kulit yang dipercepatkan. Ada kalanya lebih daripada satu keadaan berlaku serentak.

Sebab itu, ruam yang berlarutan, semakin meluas, berulang atau tidak berubah dengan penjagaan biasa wajar diperiksa supaya puncanya dapat dikenal pasti dengan tepat โ€” bukan sekadar ditutup dengan produk yang sama berulang-ulang. Ada juga tanda yang perlu diperiksa segera: ruam yang bernanah, berkerak kekuningan, terasa panas atau bengkak, atau disertai demam.

Kulit sebagai sebahagian daripada kesihatan tubuh

Jika ada satu perkara yang saya harap korang bawa balik daripada tulisan ini, ia ini: apabila kulit mula berubah pada usia pertengahan, kita mungkin perlu melihat lebih daripada satu faktor.

Perubahan hormon berpotensi mempengaruhi struktur dan fungsi kulit. Tetapi pendedahan kepada bahan perengsa, cuaca, sejarah dermatitis dan kemungkinan masalah kulit lain juga perlu diberi perhatian. Bagi saya, persoalan yang lebih berguna bukanlah "adakah hormon menjadi punca setiap masalah kulit?" tetapi "bagaimana pelbagai perubahan dalam tubuh dan persekitaran saling mempengaruhi?"

Jika kulit korang mula berubah selepas 40

Kalau korang dapati kulit makin kering, mudah gatal atau dermatitis yang lebih teruk selepas masuk 40-an, mungkin ini masa yang sesuai untuk melihatnya secara menyeluruh โ€” bukan sekadar menukar produk.

Saya membuka sesi temujanji homeopathy integrasi untuk membincangkan kesihatan kulit secara individu, dengan melihat faktor hormon, gaya hidup, pemakanan dan rutin harian korang bersama-sama. Jika korang rasa ingin bercakap tentang pengalaman kulit korang dengan lebih mendalam, ini ruangnya.

Untuk pilihan konsultasi yang tersedia dalam talian, korang boleh lihat Appointment Whatsapp Konsultasi.

Untuk penjagaan harian, penjagaan kulit yang lembut dan konsisten amat penting untuk kulit yang kering dan sensitif. Korang boleh terokai produk penjagaan kulit Nurbisa dan semak maklumat setiap produk sebelum memilih:

Sabun Nurbisa Chamanna Glycerin
Purity Manna Sulphur Soap
Nurbisa Echical Oil Emulsion
Nurbisa BabyBum Balm Semulajadi
NURBISA TENDER SALVE
CALEN K โ€“ Krim Serbaguna Semula Jadi
NURBISA NIFTY SALVE โ€“ balsem serbaguna

Kedai Nurbisa โ†’

Adakah korang turut menyedari perubahan pada kulit apabila memasuki usia 40-an? Apa yang paling mengganggu korang? Komen di bawah โ€” saya baca semua.


Rujukan

  1. Lee HH, Patel KR, Singam V, Rastogi S, Silverberg JI. A systematic review and meta-analysis of the prevalence and phenotype of adult-onset atopic dermatitis.ย Journal of the American Academy of Dermatology. 2019;80(6):1526โ€“1532.e7. doi:10.1016/j.jaad.2018.05.1241.
  2. Kamp E, Ashraf M, Musbahi E, DeGiovanni C. Menopause, skin and common dermatoses. Part 2: skin disorders.ย Clinical and Experimental Dermatology. 2022;47(12):2117โ€“2122. doi:10.1111/ced.15308.
  3. Hren MG, Del Duca E, He H, Ji AL, Guttman-Yassky E. Algorithms in allergy: Diagnosis and management of atopic dermatitis in adulthood.ย Allergy. 2024;79(12):3550โ€“3552. doi:10.1111/all.16315.

Nota:ย Artikel ini bertujuan untuk pendidikan kesihatan dan bukan pengganti penilaian klinikal secara individu. Jika ruam berlarutan, meluas, berulang, atau disertai tanda jangkitan, dapatkan pemeriksaan doktor.


Back to blog

Leave a comment